BM | EN | 中文

PKP dilanjutkan ke 12 Mei

tsmy.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 APR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei, menurut Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam ini Muhyiddin berkata, dalam tempoh itu kerajaan akan terus menilai data-data terkini yang disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menentukan langkah seterusnya.

“Saya ingin mengumumkan PKP yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan bahawa PKP juga akan dilanjutkan lagi sehingga hari raya Aidilfitri.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung.

“Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya,” katanya.

Advertisement

Namun katanya jika kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.

“Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini,” katanya.

Muhyiddin turut mengulangi pengumuman dibuat Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berhubung keputusan kerajaan memberikan sedikit kelonggaran kepada pelajar yang terperangkap di kampus dan kebenaran perjalanan sekali untuk warga yang terperangkap di kampung ketika PKP mula dilaksanakan 18 Mac lalu.

Advertisement

Beliau berkata ia hanyalah ‘sedikit kelonggara’ dan perincian lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.

“Pelaksanaan kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top