BM | EN | 中文

PKP dikuatkuasa di Kluang, Johor dari 11 hingga 24 Mei

pkp-kluang.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Kluang, Johor bermula Selasa ini hingga 24 Mei susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 512 kes positif dicatatkan daripada keseluruhan 3,867 ujian saringan dilakukan sejak 4 Mei lepas.

“Selain itu, KKM juga melaporkan terdapat empat kiuster aktif di daerah ini selain kadar positif pula adalah 13 peratus manakala kadar insiden semakin meningkat di beberapa perkampungan dan taman perumahan.

Advertisement

“Dengan adanya pelaksanaan PKP di daerah ini, pergerakan rentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan,” katanya, lapor Bernama

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKP itu antara lain bagi menyekat pergerakan orang awam terutamanya di musim perayaan dan cuti sekolah berikutan kiuster tertinggi yang dilaporkan setakat ini adalah daripada komuniti.

“Pada masa sama, is bertujuan mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti dan mengelakkan penularan kes disebabkan aktiviti berkumpul dan majlis sosial,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top