BM | EN | 中文

PKP di tiga daerah Johor, selain KL, Perak dan Terengganu

Perintah-Kawalan-Pergerakan-PKP.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah serta mukim di Johor, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.

PKP ini akan bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya keputusa itu dibuat selepas meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan.

Advertisement

“Sejak 1 April sehingga 27 April 2021, KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat,” katanya hari ini.

Ismail berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP kali ini sama seperti yang telah diumumkan sebelumnya.

Jelasnya, di Johor, PKP melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

Advertisement

PKP di Perak pula membabitkan Mukim Taiping, Daerah Larut, Matang dan Selama.

Sementara itu, 14 mukim dalam daerah Besut, Terengganu di kenakan PKP.

Ia melibatkan mukim Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelagat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut.

Advertisement

Kata Ismail, pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran selain menyekat penularan jangkitan ke luar lokaliti ini.

Katanya, premis makanan seperti restoran, ‘food truck’, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 malam sahaja.

“‘Dine-in’ di kedai makan adalah tidak dibenarkan. Makanan haruslah dibungkus untuk dibawa pulang sahaja. Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

Advertisement

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam. Bagaimanapun stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam,” katanya.

Ismail turut memaklumkan semua aktiviti majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta, dan majlis sosial di kawasan PKP tidak dibenarkan.

“Kerajaan juga bersetuju untuk tidak membenarkan sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari ulang tahun, ‘reunion’, ‘retreat’ dan lain-lain bagi semua kawasan yang dilaksanakan PKP,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top