BM | EN | 中文

PKP di seluruh negara – PM

tan-seri-muhyiddin-yassin.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikannya hari ini.

Ia ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang meletakkan negara berdepan gelombang ketiga wabak.

Advertisement

“Rantaian jangkitan Covid-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat.

“Sehubungan itu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top