BM | EN | 中文

PKP dari 13 hingga 26 Januari di lima negeri dan tiga wilayah persekutuan

tsmy-pkp-13-26-jan.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula Rabu ini (13 Jan) dan akan berlangsung sehingga 26 Jan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Jelas Muhyiddin, perintah itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.

Advertisement

Peringkat pertama, PKP dikenakan ke atas lima buah negeri dan tiga wilayah persekutuan iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Peringkat kedua, PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Peringkat ketiga pula, PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak hari ini meletakkan Kuching, Sibu dan Miri di bawah PKPB.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top