BM | EN | 中文

PKP 3.0 Diperketat: Adun Bukit Naning cadang aplikasi PdPR permudah ibu bapa, pelajar

ysahrudin-kusni.jpg
Advertisement

MUAR, 22 MEI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang Prosedur Operasi Standardnya (SOP) diperketatkan dijangka akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.

Susulan itu Adun Bukit Naning, Ysahrudin Kusni mencadangkan agar kerajaan mengadakan silibus Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui satu aplikasi khusus dengan keseragaman bagi memudahkan para ibubapa, guru dan murid-murid.

“Dengan perkhidmatan aplikasi ini ia dipusatkan dibawah Kementerian Pendidikan, sedikit sebanyak membantu warga pendidik dan ibubapa untuk menjalani silibus ini dengan lebih tersusun rapi pada semua sekolah.

Advertisement

“Sistem aplikasi mudah dimuatturun dan digunakan pada telefon pintar dan peranti yang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu Ysahrudin turut mencadangkan suntikan khas bantuan kepada peniaga kecil yang terjejas teruk mengikut nilai niaga mereka untuk memulakan semula perniagaannya.

Ia melibatkan bantuan BPR khas terpilih kepada peniaga kecil, pekebun kecil dan pekerja swasta syarikat kecil

Advertisement

Katanya tiga golongan ini sememangnya akan menerima impak yang besar sepanjang perlaksanaan PKP Diperketatkan, kerana ada diantara mereka yang tidak mempunyai simpanan KWSP menyebabkan skim i-Sinar dan i-Lestari tidak dirasai.

“Antara sebab lain juga ada peniaga atau penjaja tidak dapat berniaga seperti biasa, pekebun menghadapi kesukaran menjual hasil tanaman kerana permintaan yang rendah.

“Pekerja swasta syarikat skala kecil yang menghadapi pengurangan gaji kerana kuarantin kendiri atau pergerakan terbatas ini kerana kawasan kediaman dalam lingkungan PKPD,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top