BM | EN | 中文

PKP 3.0 bukti kegagalan berterusan kerajaan Perikatan Nasional

Liew_Chin_Tong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara atau PKP 3.0 bukti kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berterusan.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, rakyat Malaysia secara keseluruhannya terpaksa menanggung akibat dari tindahan kerajaan yang tidak mendengar pandangan berbeza, termasuk dari para pakar dalam usaha menangani gelombang peningkatan kes Covid-19.

“Sikap kerajaan PN yang meminggirkan pandangan pakar berdasarkan sains dan fakta sekali lagi mempertaruhkan nyawa dan menjejaskan ekonomi seluruh 32 juta rakyat Malaysia.

Advertisement

“Tanpa perancangan awal dan kerjasama menyeluruh antara pihak berkuasa, PKP 3.0 atau PKP seterusnya hanya akan menyaksikan kegagalan berterusan PN sehingga hilang kawalan terhadap Covid-19 dan rakyat semakin merana akibat kehidupan yang semakin mencabar,” katanya di laman Facebook hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara.

Langkah itu, katanya, diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19, ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang meletakkan negara berdepan gelombang ketiga wabak.

Advertisement

“Rantaian jangkitan Covid-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat.

“Sehubungan itu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

PKP kali ini berkuat kuasa dari 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top