BM | EN | 中文

PKNS sasar jual 851 unit rumah tahun depan

pkns.png

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Suhaimi Kasdon berucap pada sidang media kempen 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun PKNS di Ibu Pejabat PKNS, Seksyen 14 Shah Alam pada 16 Disember 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 16 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan nilai jualan hartanah hampir RM500 juta tahun hadapan.

Ketua pegawai operasinya, Suhaimi Kasdon berkata jumlah berkenaan membabitkan jualan 851 unit rumah pelbagai jenis di tiga wilayah.

“Semua wilayah mempunyai bilangan berbeza dengan tertinggi adalah di wilayah tengah dengan 481 unit bernilai RM230 juta.

Advertisement

“Wilayah selatan mempunyai 250 unit kediaman membabitkan RM167.5 juta manakala utara sebanyak 120 unit bernilai RM100 juta,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu beliau hadir program promosi 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun 2020 di Ibu Pejabat PKNS hari ini.

Menurut beliau lagi, sepanjang tahun ini PKNS menyasarkan nilai jualan melebihi RM643 juta.

Advertisement

Difahamkan, setakat ini 99.3 peratus membabitkan nilai lebih RM638 juta telah dicapai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top