BM | EN | 中文

PKNP TERKULAI DI LARKIN

CC1F786D-4B43-47D1-833D-5CB9CD6B7D41.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OGOS: Tuan rumah Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam membelasah PKNP FC 5-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia, sekaligus mengesahkan laluan ke peringkat suku akhir.

Tuan rumah mendahului seawal minit ke-12 melalui tandukan Mauricio Santos sebelum Gonzalo Cabrera menyumbat gol kedua perlawanan pada minit ke-32.

JDT juga dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-36 yang disempurnakan Safawi Rashid untuk menjadikan kedudukan 3-0 memasuki babak kedua.

Advertisement

Separuh masa kedua baru bermula empat minit sebelum Diogo Luis Santo dikasari dalam kotak penalti. Sepakan penalti kedua JDT itu disempurnakan sendiri oleh Diogo.

Safawi kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadi semalam pada minit ke-62 bagi melengkapkan keputusan 5-0.

 

Advertisement

Sumber: Johor Southern Tigers

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top