BM | EN | 中文

PKN Johor perlu pertimbang kedudukannya bersama PN

Azhar-Ismail-Amanah-Ledang.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 14 OKT: Penggerak Komuniti Negara (PKN) hari ini dinasihatkan mempertimbangkan kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Ledang, Azhar Ismail berkata sudah tiba masanya kumpulan itu mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kata Azhar selain pembabitan dalam Bersatu, PKN juga perlu mempertimbangkan dalam gabungan sementara PN terutamanya di Johor.

Advertisement

“Terdapat ura-ura pimpinan PKN di Johor ini yang kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh Bersatu.

“Kini sudah tiba masanya hubungan rapuh itu dizahirkan melalui tindakan PKN menarik sokongan kepada PN dan Bersatu.

“PKN harus memikirkan kesinambungan politik mereka. sekiranya dilihat tindakan mencantas pimpinan mereka mulai dilakukan seperti apa yang berlaku terhadap Timbalan Speaker (Dewan Rakyat), Datuk Rashid Hasnon di Batu Pahat.

Advertisement

“Itu sikap sebenar Muhyiddin yang selama ini ketika dalam Pakatan Harapan (PH) seperti mensabotaj segala usaha PH,” ujarnya.

Selain Rashid Hasnon dan ahli parlimen Segamat, Dr Santhara Kumar, terdapat seorang Adun Johor, iaitu Chong Fat Full yang menjadi Exco kerajaan negeri selepas memutuskan keluar PKR.

Azhar yang juga ahli jawatankuasa Amanah Johor berkata, sekiranya Chong bertindak kembali menyokong PH pastinya Johor kembali goyah.

Advertisement

“Hanya majoriti kecil. Sudah tiba masanya Chong membuat keputusan menyokong semula PH di Johor.

“Itu sebagai isyarat kepada pentadbiran PN yang boleh dipastikan semakin terhakis sokongannya di negara ini.

“Sudah tiba masanya PKN memikirkan soal hubungan mereka bersama Bersatu dan PN. Inilah masa yang paling sesuai untuk melakukan perkara tersebut.

Advertisement

“Hari ini kita dapat lihat bagaimana pertembungan terus berlaku di kalangan parti komponen dalam PN,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Umno membuat keputusan mempertimbangkan semula sokongan mereka kepada PN.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top