BM | EN | 中文

PINJAMAN KERAJAAN NEGERI DIJANGKA AKAN MENYUSUT

IMG-20191121-WA0022.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV: Pinjaman kerajaan negeri Johor dijangka akan menyusut kepada RM222.39 juta pada hujung tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ini disebabkan oleh bayaran penyelesaian penuh pinjaman, bayaran balik pinjaman mengikut jadual dan pelarasan sebahagian pinjaman kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Advertisement

Katanya, ini termasuklah daripada pembiayaan secara pinjaman kepada pembiayaan secara geran yang melibatkan Projek Kecemasan Pemindahan Air Mentah Layang 1 (RM100 juta) dan Hapuskira Pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar (RM189 juta).

“Kerajaan negeri melalui Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) dan Badan Kawalselia Air Negeri Johor (BAKAJ) akan meneruskan perbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Ini adalah bertujuan untuk menyelesailan baki pindahan hutang air yang lama tertunggak sebanyak RM145 juta,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Dr Sahruddin berkata, jika baki pindahan hutang air tersebut dapat dilaksanakan, maka pinjaman kerajaan negeri juga  dijangka berjaya dikurangkan kepada RM71.71 juta pada hujung tahun 2020.

“Kerajaan negeri berusaha mengurangkan hutang dengan kerajaan persekutuan,” tambahnya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top