BM | EN | 中文

Pindaan enakmen Undi 18, persempadanan semula DUN Johor perlu disegerakan – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 3 NOV: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, menggesa kerajaan Johor segera menjalankan pindaan undang-undangan bagi menurunkan had umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun agar senarai nama pengundi baru dapat digunapakai dalam pilihan raya umum dan negeri Johor ke-15.

Katanya, suara rakyat teramai perlu didengar dan semua pengundi yang layak akan dapat memilih wakil rakyat mereka.

Katanya, memandangkan kerajaan Johor berkemungkinan dibubar lebih awal daripada jadual, beliau turut meminta Akta Anti Lompat Parti dan Pemilihan Semula dibentang dan diluluskan di sidang khas DUN Johor pada Januari 2022 nanti supaya.

Advertisement

“Oleh kerana Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik telah dimeterai oleh Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) dan undang-undang tersebut telah disetujui oleh kedua-dua pihak, kerajaan negeri harus memulakan kerja penggubalan rang undang-undang Akta Anti Lompat secara serentak supaya ia sempat dibentang dan diluluskan di sidang khas DUN dan diperkuatkuasa sebelum DUN Johor dibubarkan,” kata Chew dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu ujar CHew lagi, persempadanan semula kawasan DUN Johor harus dikaji dan dilaksanakan

Katanya, dengan kemasukan automatik pengundi 18 ini, jumlah pengundi setiap kawasan DUN akan bertambah dan akan memberi impak kepada kawasan yang ramai pengundi sebelum ini.

Advertisement

“Ini bukan sahaja akan meningkatkan beban kerja Adun berkenaan malahan jumlah peruntukan setiap penduduk secara purata pun akan menjadi kurang, lalu menjejaskan kebajikan penduduk,” kata Chew.

Menurut Chew, dari 56 kawasan DUN Johor, kebanyakannya terdiri daripada 20,000 hingga 40,000 orang pengundi.

“Tetapi 15 daripadanya mempunyai jumlah 40,000 hingga 70,000 pengundi, justeru peruntukan harus diselaraskan dengan sewajarnya mengikut jumlah pengundi,” tambah beliau.

Advertisement

Chew turut mencadangkan pelaksanakan persempadanan semula kawasan DUN Johor dibuat, agar jumlah pengundi dan kawasan liputan setiap kawasan DUN lebih seimbang, dan perkhidmatan wakil rakyat akan lebih berkesan.

“Dengan pilihan raya yang dijalankan dengan adil, suara rakyat akan dapat didengar, wakil rakyat yang berkemampuan dapat dipilih.

“Maka perkembangan ekonomi dan peningkatan pendapatan rakyat dapat dicapai,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top