BM | EN | 中文

Pinda takwin sekolah 2020: KPM perlu dengar pandangan guru – Dr Maszlee

Maszlee-1-01-scaled.jpg

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

Advertisement

KLUANG, 24 JUN: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar tidak melupakan peranan para guru sehingga dipinggirkan dalam keputusan meminda takwim persekolahan bagi penggal 2020.

Beliau berkata, KPM perlu kembali mendekatkan diri dengan warga pendidik dan para guru yang berada di sekolah-sekolah, mendengar dan berbincang secara muafakat dan mengiktiraf pendapat profesional mereka sama seperti amalan KPM sebelum ini.

Kata Maszlee, beliau dihujani dengan desakan dan luahan para guru melalui mesej-mesej peribadi di WhatsApp dan medium media sosial mengenai keputusan KPM meminda takwim persekolahan penggal 2020 pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Advertisement

“Saya secara peribadi berasa sedih dan juga kecewa ketika pendapat para guru tidak diambil kira dalam keputusan penting seperti yang dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan.

“Guru-guru yang berada di bawah hari ini, yang mengajar dari rumah ketika PKP, yang melaksanakan kelas-kelas dalam talian setiap hari, yang bersungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, yang gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus korona,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, KPM mengumumkan pindaan takwim persekolahan melibatkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah di seluruh negara.

Advertisement

Cuti akhir tahun bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) pula dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

KPM berkata pindaan itu bertujuan membantu sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran pelajar selepas sekolah ditutup lebih tiga bulan akibat COVID-19.

Justeru itu, Dr Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, KPM perlu kembali mengambilkira dan mengiktiraf pendapat kesatuan guru seperti NUTP dan KGMMB dalam memastikan pendapat dan keresahan para guru diambilkira ketika apa juga perubahan polisi dilaksanakan.

Advertisement

“Adakah semata-mata kerana kes COVID 19 reda dan surut hari ini, kerajaan dan Menteri Pendidikan mahu melupakan jasa frontliner di bahagian pendidikan ini? katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top