BM | EN | 中文

“Pilih wakil rakyat yang ikhlas berkhidmat,” gesa calon AMANAH DUN Bukit Pasir

WhatsApp-Image-2022-02-21-at-11.45.19-AM.jpeg
Advertisement

Oleh ESHAM

Satu pertemuan santai berlangsung antara calon AMANAH DUN Bukit Pasir, Elia Nadira Sabudin dan penduduk Cina di pekan Bukit Pasir.

Pertemuan di sebuah kedai kopi itu merupakan sesi calon memperkenalkan diri dan menyampaikan agenda yang ingin dibawa sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat di situ.

Advertisement

Dalam ucapan ringkas, Elia berkata, Bukit Pasir memerlukan seorang wakil rakyat yang memahami masalah rakyat dan mampu menyelesaikan kesulitan yang dihadapi penduduk.

“Ini adalah peluang untuk kita semua memilih seorang wakil rakyat yang bersedia untuk berkhidmat sepenuh hati.

Advertisement

“Manfaatkan peluang inil. Ajak anak-anak dan kawan-kawan yang berada di luar Johor supaya beramai-ramai balik mengundi,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari; Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda serta pimpinan AMANAH dan Pemuda AMANAH Kawasan Pagoh.

Dalam perkembangan berkaitan, Elia turut menziarahi 10 keluarga yang menerima bantuan serta bertanya khabar.

Advertisement

Beliau turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian.

Elia merupakan salah seorang daripada tiga Wanita Amanah Negara yang dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-15 di.

Advertisement

PRN Johor akan berlangsung bermula penamaan calon pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Seluruh pengundi Johor yang berada di luar Johor digalakkan supaya pulang mengundi bagi memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun.

Advertisement

Share this post

scroll to top