BM | EN | 中文

Pihak tercicir terima sumbangan dibantu program ‘Bakul Rahmah Ramadan’ – AWAN Johor

AWAN-Johor.jpg
Advertisement

MUAR, 29 APR: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) membantu golongan yang tercicir daripada sebarang bantuan melalui program ‘Bakul Rahmah Ramadan Kareem’.

Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok berkata program tersebut menyasarkan golongan yang kurang berkemampuan melalui agihan barangan keperluan asas dan sumbangan tunai.

Adun Maharani itu berkata, program yang dijalankan sepanjang Ramadan kali ini turut mendapat sokongan melalui sumbangan dari orang ramai.

Advertisement

“Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah. Sumbangan orang ramai menggalakkan.

“Hasilnya dapatlah kita bersama-sama menggerakkan petugas dan jentera mencari serta membantu golongan yang memerlukan.

“Dalam penelitian kami terdapat golongan yang tercicir dari menerima sebarang bantuan seperti barangan keperluan harian dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

AWAN melalui jenteranya menyampaikan sumbangan kepada antaranya warga emas dalam kesusahan, ibu tunggal, serta keluarga yang kurang berkemampuan.

Nor Hayati berkata terdapat kelewatan bantuan dari pihak kerajaan yang sepatutnya diterima mereka yang memerlukan.

“Kita sedia maklum, terdapat banyak birokrasi menguruskan bantuan kerajaan. Justeru itu AWAN mengambil insiatif berusaha menbantu sedaya mungkin.

Advertisement

“Pihak AWAN sepanjang Ramadan berusaha meringankan bebanan mereka yang masih menantikan sumbangan dan menjelang hari kebesaran umat Islam, Hari Raya Aidilfitri.

“AWAN berterima kasih kepada penyumbang, orang ramai yang menyalurkan maklumat serta jentera yang menjayakan usaha ini.

“Semoga mereka dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.

Advertisement

Orang ramai yang ingin membantu golongan memerlukan melalui program Bakul Rahmah Ramadan Kareem boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank Wanita Amanah Nasional – 564892124612.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top