BM | EN | 中文

PIHAK INDUSTRI BEKALKAN ALAT PENGESAN GAS DI SEKOLAH GUDANG

Mohd-Famey-Yusoff.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 26 SEPT : 64 pemain industri di kawasan industri Pasir Gudang hari ini bersetuju untuk membekalkan alat pengesan gas atau Multi Gas Detector kepada 111 buah sekolah di sini secara berperingkat.

Wakil pihak industri menyampaikan alat pengesan udara kepada wakil salah satu sekolah yang terlibat sambil diperhatikan Mohd Famey (kiri) dan Jasni (kanan)

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Mohd Famey Yusoff berkata, alat berkenaan dapat berfungsi memantau bacaan Volatile Organix Compaund (VOC) semasa di sekolah-sekolah terbabit.

“Berikutan itu, sebagai peringkat permulaan, sebanyak 20 sekolah membabitkan 16 pihak industri bersetuju menjayakan program ini pada hari ini.

Advertisement

“Program ini kemudiannya akan diteruskan ke sekolah-sekolah lain dalam kawasan Pasir Gudang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sekolah Angkat Industru Daerah Pasir Gudang (PROSPAG) 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, di sini, harian.

Antara sekolah yang terlibat menerima sumbangan alat berkenaan hari ini termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, SMK Pasir Gudang dan sebagainya.

Advertisement

Mohd Famey yang juga wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, keperluan alat tersebut amat bersesuaian dengan gangguan pernafasan di kawasan tersebut, baru-baru ini.

“Kita telah melakukan kajian dan didapati alat ini amat bersesuaian digunakan.

“Setiap sekolah yang menerima sumbangan alat itu ini akan dibantu tentang cara penggunaannya,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Jasni Omar berterima kasih dengan kesudian pihak industri bekerjasama dalam menangani isu ini.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top