BM | EN | 中文

Pihak berkuasa perlu banteras segera sindiket ‘scammer’

scammer-1.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OKT: Pihak berkuasa disaran mengambil langkah segera untuk membanteras sindiket penipuan (scammer) yang membawa kerugian kepada orang awam di negara ini.

Mengulas perkara itu, ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Jeevan Supramaniam berkata sindiket itu semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kehilangan wang mencecah ratusan ribu ringgit terhadap mangsa.

Katanya, sindiket tersebut seolah-olah didalangi pihak tertentu sehingga mereka semakin berani menggunakan nama badan atau jabatan tertentu ketika mengugut mangsa.

Advertisement

“Baru-baru ini kita maklum bahawa ada pihak yang mengadu kehilangan lebih dari RM200,000 akibat ditipu sindiket ini.

“Yang pastinya sindiket ini seperti mengetahui rekod mangsa seperti hutang, akaun simpanan dan sebagainya untuk memerangkap mangsa agar mereka percaya untuk memberikan wang tersebut kepada sindiket berkenaan.

“Selain itu, terdapat pengadu yang menyatakan bahawa sindiket tersebut sewenang-wenangnya mengakui mereka dari jabatan tertentu seperti mahkamah tinggi, bank, AKPK dan PDRM.

Advertisement

“Terdapat laporan polis dibuat namun kelihatan sindiket ini amat sukar untuk ditumpaskan. Ini menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya.

Jeevan turut berpandangan agar kerajaan mengambil serius masalah ini agar ia tidak mengganggu ketenteraman awam di negara ini.

Tambahnya, perkara ini juga semakin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi berikutan tamat moratorium seperti diumumkan kerajaan.

Advertisement

“Saya mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah agresif dalam membanteras gejala ini kerana kekhuatiran kita adalah disebabkan moratorium yang kini sudah luput dan ini menjadi kesempatan kepada sindiket berkenaan untuk menjalankan kerja mereka.

“Selain itu, kerajaan perlu berkerjasama dengan mangsa dan PDRM dalam menangani kes ini. Lebih ramai yang akan menjadi mangsa akibat sindiket yang semakin berleluasa ini.

“Kita mahu kerajaan menyediakan langkah-langkah praktikal dalam menangani masalah ini. Saya berharap sindiket ini dapat dihapuskan agar tiada lagi mangsa seterusnya,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top