BM | EN | 中文

Pihak berkuasa digesa tangani isu kesesakan lori di Tambak Johor, Linkedua

Pihak-berkuasa-digesa-tangani-isu-kesesakan-lori-di-tambak-Johor-Linkedua.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Persatuan Pengusaha Lori Johor berharap pihak berkuasa dapat tampil dengan penyelesaian segera berhubung masalah kesesakan yang dialami pemandu lori di pintu sempadan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Pengerusinya Novan Hing berkata pada ketika ini, pemandu lori dari Malaysia yang membawa muatan keperluan asas ke Singapura berdepan kesesakan melampau di sempadan sehingga ada masanya mencecah 10 jam.

Keadaan itu katanya menimbulkan masalah kepada pemandu yang tidak mempunyai akses kepada makanan, minuman dan tandas awam, selain terpaksa menunggu lama untuk proses pelepasan.

Advertisement

“Masalah ini turut mengakibatkan kerosakan terhadap kargo yang dibawa khususnya produk mentah sayur-sayuran dan ayam,” katanya pada sidang akhbar secara maya, di sini semalam.

Katanya beliau khuatir jika masalah itu tidak diselesaikan segera, keadaan akan menjadi bertambah buruk menjelang perayaan Tahun Baharu Cina kira-kira dua minggu lagi.

Hing dilaporkan Bernama sebagai berkata, kesesakan teruk itu dipercayai berpunca daripada pemeriksaan ketat oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang dilaksanakan susulan tindakan segelintir pihak.

Advertisement

“Mereka (MAQIS) bertindak begini kerana terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan aktiviti haram tetapi apabila prosedur pemeriksaan diketatkan, ini menimbulkan pula masalah kepada pengusaha lori,” katanya.

Hing berkata kesesakan juga disebabkan Singapura melaksanakan Ujian Rapid Antigen (ART) terhadap semua pemandu lori dan kelindan yang memasuki republik itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Bagi mengurangkan masalah itu, persatuan tersebut mencadangkan agar Jabatan Kastam membuka kaunter operasi di kedua-dua laluan tersebut selama 24 jam berbanding hanya 12 jam ketika ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top