BM | EN | 中文

PIHAK BERKUASA DIGESA SIASAT AKTIVITI KOREK PASIR HARAM DI ULU SUNGAI JOHOR

Aktiviti-korek-pasir-di-kawasan-sungai-di-Felda-Bukit-Ramun-dan-Kampung-Semanggar-Dalam-yang-didakwa-tiada-lesen-sah.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 OGOS: – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tenggara menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap aktiviti korek pasir di kawasan sungai di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bukit Ramun dan Kampung Semangar Dalam.

Ketua Bersatu Bahagian Tenggara, Hasan Rashid berkata, aktiviti tersebut yang dipercayai dilakukan tanpa mempunyai lesen sah telah menyebabkan pencemaran sungai.

Menurutnya, aktiviti korek pasir itu berlaku di kawasan Ulu Sungai Johor sejak kira-kira lima tahun lalu.

Advertisement

“Keadaan ini telah menyebabkan pencemaran kepada sungai di mana dengan secara sengaja melalui aktiviti itu sampah-sampah telah dilepaskan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Aktiviti korek pasir juga dilakukan di waktu siang,” katanya, seperti dilapor SH Online.

Tambahnya, pihaknya telah membawa perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan dan meminta agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan.

Advertisement

Jelasnya, apa diharapkan tindakan akan diambil sekiranya aktiviti berkenaan dilakukan secara haram sekali gus dapat menjaga kebersihan sungai.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top