BM | EN | 中文

PICK fasa kedua: Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang hargai kepercayaan kerajaan

KPJ-Pasir-Gudang-PPV-PICK-kedua.jpg

Doktor Pakar Dalaman dan Respiratori Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang Dr Che Wan Aminuddin Hashim dan jururawat Nurul Nadia Abdul Aziz menyuntik vaksin kepada penerima, T Subaletchmy

Advertisement

PASIR GUDANG, 23 JUN: Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menghargai kepercayaan diberikan kerajaan yang menjadikan hospital itu sebagai lokasi Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua.

Dalam satu kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazarul Azly Hamzah berkata, ini adalah sebahagian daripada sumbangan pihak hospital kepada negara dalam mencapai imuniti kelompok dalam memastikan Malaysia selamat daripada wabak Covid-19.

Hazarul berkata, penghargaan turut disampaikan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ProtectHealth Corporation (ProtechHealth) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV).

Advertisement

Difahamkan, KPJ Pasir Gudang akan menjadi lokasi PPVHS melalui PICK fasa kedua yang akan mengutamakan individu berisiko tinggi dan warga emas.

“Pihak hospital sedia membantu dalam apa jua cara sekalipun demi memastikan Malaysia bebas daripada wabak Covid-19 ini dan semua masyarakat dapat menjalani aktiviti seperti sedia kala sebelum pandemik ini muncul.

“Sebagai langkah untuk meningkatkan proses vaksinasi, pihak KPJ Pasir Gudang juga menyediakan kemudahan pemberian vaksinasi secara pandu lalu bagi melancarkan proses suntikan vaksin khusus kepada mereka yang komorbiditi, pesakit strok atau orang kelainan upaya (OKU) dengan mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Advertisement

“Setiap hari anggota bertugas akan membuat panggilan telefon kepada penerima vaksin yang belum mengesahkan kedatangan mereka melalui aplikasi MySejatera dan kami menawarkan perkhidmatan pandu lalu kepada mereka yang berhalangan atau mempunyai kesukaran untuk berjalan atau bergerak.

“Penerima vaksin hanya perlu menunggu di dalam kereta, kakitangan kami akan datang ke kereta anda untuk proses vaksinasi dan proses ini hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit sahaja termasuk pemantauan selepas suntikan,” kata Hazarul.

Katanya, ia akan melibatkan 25 orang anggota pekerja yang terdiri daripada jururawat, ahli farmasi dan anggota pekerja sokongan yang berpengalaman ditugaskan bagi menggelakkan sebarang masalah yang berlaku agar proses pemberian vaksinasi sentiasa berjalan dengan lancar.

Advertisement

PPVHS KPJ Pasir Gudang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 7 Jun lepas.

Pihak hospital menerima kehadiran 100 orang penerima vaksin setiap hari dan sehingga kini telah memberi vaksin kepada 1,180 orang.

Hazarul turut memaklumkan, pihak hospital bersedia untuk membantu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk turun padang ke rumah penerima vaksin yang mempunyai halangan untuk ke PPV atas sebab-sebab yang tertentu sekiranya diperlukan.

Advertisement

“Kebanyakan penerima vaksin menzahirkan kelegaan apabila proses vaksinansi yang dilaksanakan di KPJ Pasir Gudang berjalan lancar dan mereka berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan kakitangan hospital khususnya melibatkan maklumat mengenai kesan sampingan vaksin.

“Semua janji temu dan pendaftaran vaksinasi di semua PPV hospital KPJ adalah dibuat melalui aplikasi MySejahtera, dan akan diberitahu melalui aplikasi tersebut manakala individu tanpa janji temu tidak digalakkan untuk datang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top