BM | EN | 中文

Piala Malaysia: Sabah tewas 0-2 kepada JDT

jdt-sabah-piala-malaysia.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Sabah FC terus bergelut untuk melakar kemenangan pertama pada saingan Piala Malaysia 2021 apabila tumpas 0-2 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi ketiga Kumpulan D di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

JDT selaku juara Liga Super, memerlukan hanya empat minit untuk membuka tirai jaringan selepas tandukan ke belakang pertahanan tuan rumah Nazirul Naim Che Hashim mengundang padah, apabla disambar penyerang lawan, Ahmad Hazwan Bakri yang tenang menyumbat got pertama perlawanan.

Sembilan minit kemudian, Leandro Sebastian Velazquez berjaya mengelirukan penjaga gol Sabah Rozaimie Rahim, sebelum bola lorongannya mudah ditolak masuk penyerang import, Gonzalo Gabriel Cabrera bagi menggandakan janngan skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

Advertisement

Selepas itu, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang memperkemaskan corak permainan mereka mendapat peluang keemasan untuk mengurangkan defisit gol, namun rembatan kencang penyerang N. Thanabalan pada minit ke-15 menggegar palang gol lawan dan kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang sebelum hantaran leret dan sebelah kiri padang oleh La’Vere Lawrence Corbin-Ong, gagal disudahkan Leandro untuk melebarkan kedudukan ‘Harimau Selatan’ selepas percubaannya sedikit tersasar di sebelah kanan gawang Sabah pada minit ke-69.

‘Sang Badak’ sepatutnya berpeluang untuk merobek gawang lawan namun tandukan bekas pemain JDT, Mohd Nun Yahyah hanya metambung tinggi pada minit ke-80.

Advertisement

Manakala tandukan pemain pertahanan dan Korea Selatan Park Taesu pada minit ke-85 tepat ke dakapan penjaga gol Mohd Farizal Marlias, dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top