BM | EN | 中文

Piala Malaysia: PJ City tewas 1-2 kepada JDT

jdt-pj-city-piala-malaysia.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR: JDT kini mengumpul 15 mata selepas merekodkan kemenangan bersih dalam lima perlawanan dan sudah mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan PJ City 2-1 malam tadi.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menjelaskan pasukannya akan cuba meraih kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa ini.

Katanya, kemenangan sangat penting bagi anak buah untuk mengekalkan keyakinan menghadapi perlawanan akan datang.

Advertisement

“Saya fikir pemain beraksi dengan baik (menentang PJ City, semalam), mereka berlari, mereka mencabar dan kami mendapat tiga mata penting untuk meneruskan keyakinan.

“Kami meneruskan rentak kemenangan dan berkunjung ke Kelantan, kami akan cuba meraih kemenangan lagi. Kami perlu lihat bagaimana kami perlu lakukan untuk hanya dua hari rehat.

“Kami akan melakukan beberapa perubahan tapi saya tak tahu (bahagian) yang mana. Hanya satu perkara yang saya tahu adalah kami memiliki tabiat yang bagus untuk meneruskan kemenangan dan kami cuba lakukan perkara sama,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top