BM | EN | 中文

Piala Malaysia: Pertembungan JDT, Terengganu FC ibarat aksi final

jdt-latihan-1.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 NOV: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berjuang habis-habisan bagi memburu kemenangan sebagai bekalan selesa apabila menentang Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata walaupun ia aksi separuh akhir namun baginya menentang skuad bimbingan Nafuzi Zain ibarat final buat skuad Harimau Selatan dan semestinya menuntut pemainnya memberi 100 peratus komitmen dalam perlawanan itu nanti.

“Ia perlawanan sukar bukan sahaja bagi kami, malah Terengganu juga akan berdepan situasi sama kerana ia membabitkan pemburuan ke pentas final dan beraksi di stadium mereka sememangnya sukar bagi kami.

Advertisement

“Apapun, keadaan padang di sana akan membantu kami kerana ia seakan Stadium Sultan Ibrahim. Ia juga akan beri keselesaan buat pemain kami beraksi dengan baik dan memperaga corak permainan konsisten.

“Ia akan beri kesan dengan kawalan bola yang tersusun dan mudah untuk pemain JDT bermain seperti biasa tanpa menjejaskan rentak permainan.

“Namun kami juga harus berwaspasa dengan ancaman daripada Terengganu yang inginkan kemenangan di laman mereka sendiri,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Rekod pertembungan JDT dan TFC dalam saingan Liga Super tampak seimbang selepas JDT pernah tewas 1-0 hasil jaringan Hakimi Abdullah pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim sebelum skuad Harimau Selatan membalas dendam dengan kemenangan 1-0 juga pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hasil gol tunggal Shane Lowry.

Apapun, Mora enggan memikirkan pencapaian yang dilakukan dalam saingan liga kerana aksi kalah mati saingan piala berprestij berbeza berbanding liga. Malah ia ibarat perlawanan hidup dan mati buat kedua-dua pasukan.

Katanya, perancangan taktikal yang lebih ampuh memainkan peranan penting untuk berdepan skuad Penyu sekali gus pemain JDT diingatkan tidak terikut-ikut helah taktikal pasukan lawan yang boleh memerangkap mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top