BM | EN | 中文

Piala Malaysia: Kelantan tewas 0-4 kepada JDT

Kelantan-tewas-0-4-kepada-JDT.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KOTA BHARU, 10 NOV: Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan penuh bergaya dengan mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas membelasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas menewaskan Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kemenangan itu membawa JDT ke suku akhir Piala Malaysia dan selaku juara kumpulan, Harimau Selatan akan menentang naib juara Kumpulan C, Kedah Darul Aman di peringkat suku akhir.

Advertisement

JDT yang turun tanpa beberapa tonggak utama terpaksa menunggu hingga minit ke-48 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti, Syafiq Ahmad.

Leandro Velazquez meledak gol kedua skuad kendalian Benjamin Mora apabila menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-60 sebelum Guilherme De Paula menambah gol ketiga hanya seminit kemudian.

Bekas kapten Perak, Shahrul Saad melengkapkan kemenangan JDT apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru Safawi Rasid pada masa kecederaan.

Advertisement

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengumpul 18 mata maksimum, manakala Kelantan yang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam Kumpulan D hanya mengumpul dua mata.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top