BM | EN | 中文

Piala Malaysia: KDA FC, JDT seri

piala-malaysia-kda-fc-jdt-suku-akhir.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

ALOR SETAR, 15 NOV: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling mengatur serangan bagi memburu gol awal.

JDT seterusnya melakukan serangan pada minit ke-19 menerusi pertahanan skuad Harimau Selatan, Mauricio Dos Santos yang hampir menerjah gawang. Namun tendangannya tersasar ke kiri gawang Kedah.

Advertisement

Kedah pada minit ke-22 bangkit melancarkan serangan dari sayap kanan, namun gerakan dihasilkan pemain tengah, Fadzrul Danel yang membuat larian pantas gagal dihantar kemas lalu dipatahkan pertahanan pasukan lawan.

JDT mempunyai peluang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid pada minit ke-28 tetapi percubaannya terus ke dakapan penjaga gawang Kedah, Shahril Sa’ari.

Terdahulu Kosmo melaporkan, JDT sekali lagi mencemaskan tuan rumah tiga minit sebelum babak pertama berakhir apabila gerakan lincah Safawi yang membuat hantaran ke kubu Kedah berjaya ditanduk Mauricio Dos Santos.

Advertisement

Namun percubaannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol.

Skuad Hijau Kuning hampir membuka jaringan pada minit ke-71 apabila pemain gantian Kedah, Aiman Afif mendapat peluang terbaik selepas mendapat lorongan cantik daripada Rizal Ghazali tetapi percubaannya ke pintu gawang JDT sedikit tersasar.

Seminit sebelum perlawanan tamat, JDT mendapat tendangan percuma selepas Sumareh dijatuhkan tetapi sepakan yang diambil pemain tengah JDT, Leandro Velazquez berjaya ditepis oleh Shahril Sa’ari.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top