BM | EN | 中文

Piala Malaysia: Jordan Mintah azam robek kubu JDT

Jordan-Mintah-Terengganu-FC-semuanya-bola.jpg

Gambar Ehsan Semuanya Bola

Advertisement

KUALA NERUS, 25 NOV: Penyerang import Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah berazam merobek kubu ‘seterunya’, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di Iskandar Puteri malam esok.

Menurut Mintah, beliau tidak merasai sebarang tekanan untuk beraksi di hadapan penyokong lawan meskipun Terengganu gagal membawa bekalan gol selesa ke SSI selepas sekadar seri 1-1 pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Isnin lepas.

Malah pemain kelahiran Ghana itu yang menang Kasut Emas Liga Perdana musim ini melahirkan keyakinan penuh untuk meranapkan impian JDT sekali gus membawa skuad Penyu mara ke peringkat akhir piala paling berprestij di Malaysia itu.

Advertisement

”Saya tidak memberi sebarang tekanan pada diri kerana bola sepak adalah sesuatu yang saya sayang. Jadi tiada tekanan untuk perlawaan menentang JDT nanti kerana kami akan bertarung dengan sengit.

“Amat penting bagi kami mendapatkan gol awal dan kami akan bermain habis-habisan bagi memastikan ia jadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Stadium Gong Badak semalam.

Mintah yang sudah dua musim beraksi di Liga Malaysia (Liga M) setakat ini berjaya meledak lima gol dalam kempen Piala Malaysia yang akan berakhir pada 30 Nov ini.

Advertisement

Dalam pada itu, ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata beliau sudah bersedia dengan kemungkinan berlaku tambahan masa dan sepakan penalti sekiranya keputusan seri menanti di SSI.

“Saya belum putuskan pemain import yang akan turun di SSI nanti, kena tengok keadaan mereka dahulu seperti Carli yang cedera baru-baru ini.

“Bagi pemain muda pula, saya tiada masalah untuk menurunkan mereka pada pertandingan besar kerana ini bukan pertama kali, bahkan mereka sudah matang dan biasa dengan situasi sebegini,” katanya yang lebih selesa beraksi di tempat lawan berbanding di laman sendiri kerana kurang tekanan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top