BM | EN | 中文

Piala Malaysia: JDT tempah slot ke suku akhir

piala-malaysia-jdt-sabah.jpg

Gambar Ehsan JOHOR Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah slot ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Sabah FC 3-0, pada aksi keempat Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam tadi.

Dengan rekod empat kemenangan diraih setakat Ini, skuad Harimau Selatan menjadi pasukan kedua melayakkan diri ke pusingan kalah mati, mengikut jejak pendahulu Kumpulan C Melaka United FC, yang telah mengesahkan kemaraannya lebih awal.

Pada aksi semalam, JDT yang masih segar dengan kejayaan 2-0 mengatasi skuad Badak pada pertembungan pusingan pertama saingan kumpulan di Kota Kinabalu, Jumaat lepas, mempamerkan permainan bertenaga seawal wisel permainan dibunyikan.

Advertisement

Skuad bimbinan Benjamin Mora pantas menghukum kealpaan benteng pertahanan Sabah FC yang masih tercari-cart rentak dl awal permainan, apabila Leandro Velazquez yang tidak dikawal melepaskan rembatan padu untuk mencetak nama sebagai penjaring pada minit keenam.

JDT terus menguasal perlawanan dengan kawalan bola yang kemas selain hantaran-hantaran pendek dan pantas dalam usaha menggandakan kedudukan, sebelum dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Bergson Da Silva pada minit ke-33 selepas bola terkena tangan pertahanan lawan.

Aksi bertenaga terus ditampilkan JDT pada separuh masa kedua tatkala Sabah FC terus buntu mencipta gerakan serangan yang efektif, namun pasukan tuan rumah perlu menunggu sehingga

Advertisement

Aksi bertenaga terus ditampilkan JDT pada separuh masa kedua tatkala Sabah FC terus buntu mencipta gerakan serangan yang efektif, namun pasukan tuan rumah perlu menunggu sehingga penghujung perlawanan untuk sekali lagi menembusi gawang pasukan pelawat.

Selepas percubaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid terkena tiang pada minit ke-85 dan sepakan penalti ‘panenka’ Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-90 yang gagal menewaskan penjaga gol, Bergson muncul dengan jaringan kedua peribadinya pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Penyerang Brazil itu bijak mencari ruang sebelum menanduk bola sepakan percuma rakan sepasukan Safiq Rahim untuk jaringan ketiga JDT, dan mengesahkan kemenangan 3-0 pasukan di hadapan penyokong sendiri.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top