BM | EN | 中文

Piala Malaysia: Gol tunggal Arif Aiman bawa JDT ke separuh akhir

Arif-Aiman-JDT.jpg

Gambar Ehsa FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 NOV: Gol tunggal pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman membawa pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan KDA FC 1-0 dalam aksi mendebarkan di Stadium Sultan Ibrahim disini, malam tadi.

Ketika aksi separuh masa pertama berbaki empat minit, tuan rumah berjaya memecah kebuntuan selepas bola umpanan Leandro Velazquez di celah pemain skuad Lang Merah menyaksikan Ariff Aiman menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan kencang tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Mohd Shahril.

Kemenangan itu menyaksikan JDT akan menentang Terengganu FC pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Nerus, Isnin ini yang bakal menjanjikan pertembungan menarik membabitkan kedua-dua pasukan.

Advertisement

Dalam perlawanan itu, pengendali JDT, Benjamin Mora membuat rombakan kecil apabila menyenarai Gonzalo Cabrera yang beraksi di posisi sayap kiri manakala Guilherme De Paula diturunkan dalam kesebelasan utama mengemudi posisi serangan bagi menggantikan Bergson Da Silva.

Seawal minit kesembilan pasukan tuan rumah dihidangkan peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan selepas bola lorongan Arif Aiman Hanapi ke dalam kotak penalti tepat kepada De Paula namun dia menyepak bola tinggi melepasi palang gol.

Terdahulu, Metro Arena melaporkan sepanjang 20 minit babak pertama, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tampak lebih gemar berkampung di kawasan sendiri bagi mengelak skuad Harimau Selatan melakukan percubaan berbahaya ke kubu pasukan Lang Merah.

Advertisement

Tuan rumah sekali lagi mengundang cemas pada benteng pelawat pada minit ke-32 apabila Ariff Aiman yang melakukan sepakan lintang tepat kepada Cabrera yang bertindak merembat bola ke gawang pasukan pelawat namun sempat ditepis penjaga gol, Mohd Shahril Sa’ari.

Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah menggandakan asakan apabila Ariff Aiman bertindak secara solo pada minit ke-48 apabila menyusup masuk ke dalam kotak penalti di posisi sayap kanan dan merembat bola namun Mohd Shahril sudah bersedia menangkap bola kemas.

Ariff Aiman bagai duri dalam daging buat skuad Lang Merah apabila hampir mencipta gol kedua peribadi pada ke-52 selepas menyambar bola umpanan Velazquez namun bola rembatan deras pemain muda JDT itu sempat ditepis keluar Mohd Shahril.

Advertisement

KDA FC yang ketinggalan tampak sukar untuk melakukan serangan terhadap benteng pasukan tuan rumah malah kelibat Kpah Sherman dan Tchetche Kipre gagal menyerlah untuk memburu gol.

Skuad Harimau Selatan terlepas peluang menambah jaringan pada minit ke-85 selepas bola sepakan percuma pemain gantian Safawi Rasid dari jarak 25 meter hanya sipi di sebelah kanan gawang pelawat dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top