BM | EN | 中文

Piala Malaysia 2020: JDT menang tipis keatas Kuching FA

JDT-Kuching-FA-piala-malaysia-2020.jpg

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 NOV: Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mara ke peringkat suku akhir selepas mengatasi Kuching FA 1-0 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Juara Liga Super 2020 itu akan membuat perhitungan menentang juara tiga kali Kuala Lumpur yang diberikan ‘bye’ ke pusingan lapan pasukan terbaik, selepas Sabah tidak mengambil bahagian dalam kejohanan tertua Asia Tenggara itu musim ini.

Pada aksi tersebut, penyerang muda JDT Arif Aiman Mohd Hanapi muncul wira pasukan, apabila menyumbat gol kemenangan perlawanan pada minit ke-19 selepas memanfaatkan tampanan Santo dalam kotak penalti, sebelum menolak bola menewaskan penjaga gol Mohammad Azri Abdul Ghani.

Advertisement

Meskipun terdapat perbezaan jurang antara kedua-dua pasukan selain keputusan pengendali JDT Benjamin Mora menurunkan beberapa pemain utama termasuk import Diogo Santo, namun Kuching FA yang menamatkan kempen Liga Premier di kedudukan keempat, tetap memberikan saingat sengit sepanjang aksi.

Bersambung babak kedua, JDT mula menggandakan asakan untuk memburu gol kedua.

Namun kekentalan benteng Kuching FA berjaya menghalang gerakan berbahaya menerusi gandingan Cabrera dan Luis Santo.

Advertisement

Luis Santo hampir-hampir menambah jaringan pada mini ke-53 selepas bola sepakan leret hasil umpanan Cabrera sempat ditangkap kemas Mohd Iqbal bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Anak didik Akira Higashiyama terus berusaha menggempur benteng tuan rumah dalam usaha memburu gol penyamaan tapi gagal untuk melepasi gandingan Mauricio Dos Santos dan kapten Aidil Zafuan Abd Radzak.

Malah bola tandukan pemain gantian, Ramadhan Saifullah Usman tatkala aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan sekadar sipi dari gawang gol dan kedudukan 1-0 yang memihak JDT kekal hingga perlawanan berakhir.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top