BM | EN | 中文

Piala Juara-Juara STL: 74 pemain, pegawai bebas COVID-19

Piala-Juara-Juara-STL-74-pemain-pegawai-bebas-COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Kesemua 74 pemain, pegawai pasukan dan pengadil yang akan menyertai Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) di Iskandar Puteri, Johor bermula Selasa ini disahkan bebas daripada COVID-19.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail setelah badan induk tersebut menerima keputusan ujian calitan COVID-19 kesemua individu terlibat semalam.

“Apabila tiba di sana, mereka perlu mengikut kaedah base quarantine yang kita akan laksanakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PSM di sini, semalam.

Advertisement

Katanya kesemua pasukan dan pegawai pertandingan dijadualkan tiba di venue kejohanan selewat-lewatnya hari ini dan akan diasingkan hingga saingan berakhir pada 5 Mac sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan.

PSM sebelum ini terpaksa menangguhkan saingan Piala Juara-Juara STL yang sepatutnya berlangsung dari 10 hingga 16 Jan lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Jan lepas.

Sementara itu, Ahmad Ismail berkata terdapat perubahan format pertandingan dengan pertambahan tiga perlawanan sekali gus menjadikan keseluruhan baki 16 aksi perlu ditamatkan selain kuota pemenang turut dibuka hingga pemenang tempat kelima dan keenam.

Advertisement

Saingan Piala Juara-Juara STL melibatkan enam pasukan terbaik Divisyen Premier STL iaitu juara musim ini Kuala Lumpur Thunders, ATM Guardians, Johor Tigris, Negeri Sembilan Antlers, Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers serta dua pasukan terbaik Divisyen Satu STL iaitu Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborg.

Johor Tigris yang meraih kedudukan ketiga dalam saingan Divisyen Premier STL pada musim ini adalah juara bertahan Piala Juara-Juara STL.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top