BM | EN | 中文

Piala AFF 2020: Status kehadiran penyokong, pengamal media jadi tanda tanya

Piala-AFF-2020-Singapore-Singapura.png

Gambar Ehsan affsuzukicup.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Pengamal media dan penyokong tempatan mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Singapura bagi merasai kehangatan saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 yang dijadual bermula 5 Dis ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berdasarkan maklumat diperoleh oleh pihaknya sebelum ini.

Beliau berkata kekangan kepada pihak media untuk membuat liputan dan peminat itu berkait rapat dengan satu proses yang mengambil masa panjang apabila mereka harus berada di Malaysia dalam tempoh 14 hari sebelum ke republik itu, selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari setibanya di sana.

Advertisement

“Mereka (penganjur) juga tidak benarkan media bertemu dengan pemain dan pegawai pasukan disebabkan kaedah gelembung sukan yang akan dilaksanakan di sana. Pergerakan pemain juga terhad dari hotel ke tempat latihan dan hotel ke venue perlawanan tertakluk kepada keputusan ujian saringan Covid-19.

“Penyokong setakat ini disebabkan kekangan dari segi 14 hari sini dan 14 hari sana, jadi mereka masih belum dapat selesaikan masalah itu, bermakna penyokong (dibenarkan) hanya penyokong tempatan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jam Tangan Edisi Terhad G-SHOCK dan FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya, Khamis lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, Mohd Saifuddin berkata kesemua negara bertanding akan diberikan taklimat secara maya oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung perkara itu pada 14 Nov ini sekali gus mengharapkan perkhabaran positif.

Menurutnya, FAM akan membangkitkan perkara itu dalam taklimat tersebut sebagai usaha memastikan impian pihak media dan penyokong tempatan ke Singapura dapat direalisasikan.

“Kita bukan hanya hendak media, kita pun hendak bawa penyokong kalau boleh, sebab ini adalah motivasi kepada pemain dan pasukan. Kita akan cuba sedaya upaya tetapi peraturan ini adalah peraturan negara, jadi kekangan itu memang besar,” katanya.

Advertisement

Pada kempen Piala AFF 2020, Malaysia diundi dalam Kumpulan B yang juga ‘kumpulan maut’ akan memulakan saingan bertemu Kemboja pada 6 Dis, diikuti Laos (9 Dis) dan dua pertembungan epik menentang juara edisi 2018 Vietnam (12 Dis) dan Indonesia (19 Dis), untuk meraih slot separuh akhir.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, FAM melancarkan jam tangan Harimau Malaya edisi terhad kedua menerusi kolaborasi bersama Casio G-SHOCK yang akan dijual secara eksklusif pada harga RM699 kepada orang ramai melalui permainan video dalam talian.

Mereka yang berhasrat untuk menjadi antara peminat yang bertuah menggayakan jam tangan edisi terhad itu perlu mengambil bahagian dalam permainan video di laman web www.gshockpenaltykick.com.my yang bermula semalam hingga 23 Nov ini.

Advertisement

Sebanyak 680 individu yang mengumpul markah tertinggi dalam permainan video secara maya itu akan diberikan keutamaan untuk membuat pembelian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top