BM | EN | 中文

PH YAKIN TUNAI JANJI MANIFESTO DALAM TEMPOH LIMA HINGGA 10 TAHUN

IMG-20191114-WA0003.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 14 NOV: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan kesemua janji yang dibuat dalam manifesto sempena Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Advertisement

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu memberitahu, bagaimanapun, dalam tempoh setahun setengah, PH telah menunaikan kira-kira 52 peratus daripada manifesto mereka.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut berkata, masyarakat tidak seharusnya membandingkan prestasi PH dan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 62 tahun sebelum ini.

“Memang belum dapat penuhi semua, tetapi dah penuhi 52 peratus janji dalam manifesto, antaranya adalah untuk membanteras rasuah, itu yang paling utama.

Advertisement

“Kita juga lantik ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Noraini Ahmad untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), ini perkara besar, kita lantik pembangkang supaya ada ‘check (periksa) and balance (seimbang)’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) di Kukup Laut, di sini, malam tadi.

Mat Sabu turut memberitahu kerajaan PH sedang berusaha untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan, namun pihaknya berharap masyarakat memahami kekangan dihadapi kerajaan.

Advertisement

“Rakyat mahu pembangunan, kita sedang lakukan, tetapi jangan lupa negara ini kita PH ambil dalam keadaan banyak berhutang, RM14 bilion telah digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bayangkan jumlah itu boleh digunakan untuk pembangunan negara, namun kita tidak mahu jadikan itu alasan, kita akan cuba selesaikan masalah ekonomi negara,” katanya.

Beliau juga mengakui Belanjawan 2020 yang dibentangkan baru-baru ini kurang menarik, namun percaya dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang pasti kerajaan akan dapat membentangkan belanjawan yang lebih baik.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top