BM | EN | 中文

PH tumpu Parit Sulong, dekati rakyat dan angkat isu kebajikan

PH-Parit-Sulong.jpg

Mesyuarat PH Parit Sulong dipengerusikan Ir Khairuddin A Rahim

Advertisement

BATU PAHAT, 18 JUL: Pakatan Harapan (PH) Parit Sulong akan menumpukan perhatian kepada parlimen itu dalam usaha dan gerak kerja mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Pengerusinya Ir Khairuddin A Rahim, berkata PH Parit Sulong tidak akan membenarkan lagi kenyataan yang mengatakan bahawa parlimen itu sebagai ‘kubu kuat’ Umno.

Katanya, gerak kerja mendekati rakyat serta kerja kebajikan di kawasan tersebut akan diteruskan bagi mendapatkan semula keyakinan pengundi selepas apa yang berlaku kepada politik tanahair baru-baru ini.

Advertisement

“Gerak kerja penerangan kepada orang awam atau pengundi akan dijalankan dan semestinya bagi memahamkan rakyat di kawasan Parit Sulong berkenaan keadaan politik semasa.

“Selain itu gerak kerja membangkitkan isu rakyat di kawasan itu akan turut dijalankan bagi membawa suara mereka didengari oleh pihak kerajaan hari ini.

“Kita akan berusaha serta menumpukan perhatian kepada gerak kerja mendapatkan parlimen Parit Sulong dari menteri ‘Tik Tok’ (Datuk Dr Noraini Ahmad),” ujarnya.

Advertisement

Khairuddin yang merupakan Adun Senggarang berkata, parlimen berkenaan akan membariskan calon PH terbaik dalam PRU ke-15 nanti.

“Soal calon kita telah putuskan. Mereka adalah calon berpotensi untuk mendepani masalah rakyat dan paling penting tidak khianat kepada mandat yang diberikan.

“Kita mahu suburkan semula demokrasi dan bukan seperti pihak yang satu lagi yang merampas di tengah jalan tanpa melalui proses yang adil dan saksama.

Advertisement

“Kita bersedia pada bila-bila masa untuk terus berlawan bagi mendapatkan kemenangan di parlimen ini serta mendapatkan juga mandat di satu lagi Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujarnya lagi.

Parlimen Parit Sulong dimenangi Dr Noraini Ahmad dengan majoriti 6,341 undi manakala DUN Sri Medan dimenangi calon BN, Zulkarnain Kamisan dengan majoriti 6,040 undi.

DUN Semerah dimenangi calon dari PH, Khuzzan Abu Bakar dengan majoriti 98 undi pada PRU ke-14 yang lalu.

Advertisement

Parlimen Parit Sulong satu-satunya kawasan parlimen di pantai barat Johor dengan demografi pengundi majoriti Melayu, iaitu lebih 70 peratus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top