BM | EN | 中文

PH teguh bersama dan terus jadi harapan rakyat Johor

Kembara-Ramadhan-PH-Johor.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 20 APR: Pakatan Harapan (PH) Johor terus diyakini dan tetap bersama dalam menjalankan kerja sebagai sebuah gabungan politik yang mantap di negeri ini.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata aktiviti yang dijalankan PH Johor seperti Kembara Ramadan adalah gambaran bahawa tiada masalah dalam hubungan baik antara parti komponen PH di negeri ini.

Ujarnya, hubungan ini akan diteruskan dan usaha membawa suara rakyat Johor akan terus diperjuangkan di segenap sudut.

Advertisement

“Ini memberikan gambaran kepada rakyat bahawa PH di negeri Johor tetap bersama. Kita akan terus kerjasama sampai kepada pilihanraya, Insya Allah.

“Jika diberikan keyakinan oleh rakyat untuk kita (PH) mentadbir Malaysia dan negeri Johor, kami akan terus memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih baik lagi.

“Kita akan terus mengadakan aktiviti selepas ini bersama komponen PH dan kita akan terus membawa suara rakyat untuk diperjuangkan,” ujar beliau ketika ditemui di program Kembara Ramadan, semalam.

Advertisement

Program Kembara Ramadan yang dianjurkan semalam bertujuan meraikan pasukan barisan hadapan yang selama ini menjaga keselamatan negara sepanjang pandemik Covid-19.

Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata, program seperti itu akan berjalan di peringkat kawasan dan parlimen di negeri ini.

“Teruskan perkhidmatan kepada rakyat kerana rakyat mengharapkan nasib mereka hari ini diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Advertisement

“Walaupun kita tidak ada wakil rakyat di sesetengah kawasan, tetapi kita ada cawangan dan Cabang serta jentera untuk mengadakan aktiviti bersama dalam PH.

“Kami pimpinan PH mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan barisan hadapan yang selama ini berjuang dengan penuh dedikasi dan amanah dalam menyelesaikan tugas mereka sepanjang Covid,” ujarnya lagi.

Program Kembara Ramadan itu juga turut dihadiri oleh Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, Adun Semerah, Khuzzan Abu Bakar, Adun Paloh dan wakil dari DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Adun Kota Iskandar serta Timbalan Penegrusi Parti Amanah, Sr Dzulkefly Ahmad, Adun Pulai Sebatang dari Parti Amanah, Muhammad Taqiuddin Cheman, Naib Pengerusi Parti Amanah, Suhaizan Kaiat, Setiausaha Parti Amanah, Mohd Faizul Salleh bersama jentera PH Johor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top