BM | EN | 中文

PH Tanjung Piai bentuk jawatankuasa baru, sedia hadapi PRU

PH-Tanjung-Piai-Johor.jpg
Advertisement

PONTIAN, 21 JUL: Pakatan Harapan (PH) Tanjung Piai hari ini memutuskan untuk membentuk jawatankuasa bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) pada bila-bila masa dari sekarang.

Menurut kenyataan media dikeluarkan gabungan itu, PH Tanjung Piai juga bersedia dan akan memberi tumpuan kepada PRU 15 selain mengukuhkan semangat setiakawan di kalangan parti komponen di kawasan tersebut.

“PH Tanjung Piai telah berjaya membentuk Jawatankuasa yang baharu melalui mesyuarat 20 Julai 2020 bertempat di pejabat Parti Keadilan Cabang Tanjung Piai.

Advertisement

“PH Tanjung Piai mengulang tekad untuk mengukuhkan kerjasama dan persefahaman antara tiga parti gabungan (Amanah PKR dan DAP) seterusnya bersedia untuk menghadapi PRU 15 pada bila-bila masa dari sekarang.

“Kami juga menegaskan bahawa kami menolak kerajaan pintu belakang (PN) peringkat nasional mahupun negeri Johor dan mengulang tekad untuk terus melawan kerajaan kleptokrat pada hari ini.

“Segala tindakan politik seterusnya, kami memutuskan untuk meletakkan kepentingan rakyat di Tanjung Piai sebagai keutamaan,” jelas kenyataan media tersebut.

Advertisement

Parlimen Tanjung Piai sebelum ini menyaksikan pertembungan antara Bersatu yang mewakili PH sebelum ini berdepan MCA mewakili BN pada pilihanraya kecil (PRK) November 2019 lalu selepas kematian ahli parlimennya Datuk Wira Mohamed Farid Md Rafik.

PRK itu menyaksikan parti MCA yang disokong Muafakat Nasional termasuk Umno dan Pas menang melalui calonnya, Wee Jeck Seng.

Parlimen Tanjung Piai memiliki 53,528 pengundi berdaftar pada PRU-14, dengan komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India dan lain-lain 0.55 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top