BM | EN | 中文

PH Simpang Renggam sokong Dr Maszlee Malik

PH-Simpang-Renggam-Dr-Maszlee-Said-Jonit.jpg

Muhamad Said Jonit (empat dari kanan) berkata PH Simpang Renggam memberikan sokongan kepada Dr Maszlee Malik

Advertisement

KLUANG, 22 JUN: Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam memutuskan untuk kekal bersama dan menyokong Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disingkirkan, Dr Maszlee Malik.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit yang mempengerusikan mesyuarat pada 19 Jun berkata, walaupun Bersatu telah memutuskan untuk meninggalkan PH namun Maszlee dilihat antara kepimpinan yang cenderung untuk meneruskan perjuangan bersama dengan PH.

Beliau berkata kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu adalah disebabkan kekuatan berpasukan dari PH itu sendiri.

Advertisement

“Umum mengetahui hari ini pelbagai tekanan telah diberikan terutamanya kepada ahli Bersatu di Simpang Renggam untuk tidak menyokong Dr Maszlee Malik.

“Kepimpinan PH Simpang Renggam juga ingin mengingatkan apa jua usaha untuk memecah belahkan keutuhan PH di Simpang Renggam tidak akan memberi kesan untuk melemahkan kami kerana majoriti dan akar umbi kini semakin kuat bersama-sama dengan rakyat.

“PH Simpang Renggam mengutuk keras semua tindakan dan tekanan yang diberikan terhadap Dr Maszlee Malik melalui parti Bersatu.

Advertisement

“Semua ini hanya akan menguatkan lagi sokongan rakyat di Simpang Renggam dan memberi keyakinan kepada komponen PH Simpang Renggam,” katanya.

Muhamad Said yang juga Adun Mahkota yakin pengundi di Simpang Renggam sudah matang dan dapat menilai situasi politik semasa dan menjangkakan satu lagi gelombang rakyat akan mengubah landskap politik negara.

“Kepentingan rakyat yang sebelum ini diutamakan telah mula suram. Ahli politik yang berkuasa mula kembali kepada zaman kleptokrasi.

Advertisement

“Masa depan Malaysia kembali suram dan itu keadaannya secara ringkas suasana politik di Malaysia.

“Kami yakin pengundi di Simpang Renggam tidak akan bersetuju dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada pemimpin yang sedang dihadapkan di mahkamah kerana kes-kes penyelewengan, rasuah atau salah guna kuasa.

“Insya Allah PH akan diberi mandat di peringkat Dun Machap dan Dun Layang-layang pada PRU akan datang,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu, mesyuarat PH Simpang Renggam yang diadakan turut dihadiri wakil parti komponen lain dengan fokus gerak kerja bagi membantu rakyat di Simpang Renggam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top