BM | EN | 中文

PH sedia terima Bersatu Johor kembali – Salahuddin

salahuddin-ayub.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan kesediaan untuk Pakatan Harapan (PH) menerima semula Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Johor.

Katanya, mereka yang kini bersama Perikatan Nasional (PN) masih terbuka untuk diterima PH yang hubungannya lebih harmoni, berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka hari ini.

“Kepada rakan-rakan dalam kerajaan PN yang menang atas mandat PH dalam pilihan raya yang lalu, jalan kebenaran penuh bermaruah masih belum jauh di belakang.

Advertisement

“Kami kepimpinan PH bersedia untuk menerima anda semua kembali ke dalam keluarga besar PH,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengungkapkan perumpamaan ‘ibarat saka dan puaka’ telah meyelubungi pemerintahan kerajaan PN di negeri Johor ini.

“Sikap pimpinan Umno di Johor yang masih sarat dengan warisan sakanya itu amat mustahil untuk berwajah kepada rakan-rakan Bersatu (PPBM) yang mereka anggap sebagai budak-budak suruhan.

Advertisement

“Malangnya kerajaan di Johor yang menyaksikan begitu tragisnya lelongan ‘ghanimah’ (harta rampasan perang) hasil rompakan yang menjadikan perjanjian ‘marriage of convenience’ semakin rapuh dan luntur.

“Ini kerana punca kuasa yang menjadikan mereka (PN) berkuasa di Johor itu sendiri adalah dengan cara yang paling tidak bermaruah dan tidak berintegriti,” jelasnya lagi.

Beliau turut mengingatkan pengalaman bersama membina kerajaan yang jauh lebih mulia berbanding apa yang sedang dialami oleh rakan Bersatu dalam kerajaan PN yang semakin parah dengan prasangka dan sengketa.

Advertisement

“Kembalilah kepada jalan kebenaran. Biar mati berdiri daripada hidup menghambakan diri,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top