BM | EN | 中文

PH SEDANG USAHAKAN PENTADBIRAN LEBIH BAIK BERBANDING BN

IMG-20191109-WA0035.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 9 NOV : Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Maszlee Malik berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha untuk membuktikan pentadbiran yang lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Advertisement

Justeru itu kata Maszlee, pengundi di Tanjung Piai khususnya masyarakat Cina harus memberikan peluang kepada kerajaan PH yang berusia kurang dua tahun.

“Dalam keadaan kurang dua tahun, banyak perkara baik yang telah kita (PH) lakukan. Jadi, tidak adil untuk menghukum kita.

“BN memerintah selama 60 tahun tetapi terbukti mereka tidak boleh lakukan yang terbaik.

Advertisement

“Beri PH peluang dan kita akan pastikan dalam tempoh lima tahun pemerintahan kita ini jauh lebih baik daripada BN,” katanya dalam sidang media selepas program dialog bersama masyarakat Tionghua di Kukup, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan kononnya pengundi Cina di Tanjung Piai tidak berpuas hati dengan pentadbiran PH dan akan dihukum dalam PRK Tanjung Piai.

Mengulas lanjut, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, beliau yakin pengundi Tanjung Piai boleh berfikir dengan matang dan akan memilih PH.

Advertisement

“Kita tahu bahawa sebelum ini kerajaan BN kleptokrasi dan penuh rasuah. Kerajaan PH pula ada Perdana Menteri dan menteri-menteri yang bersih dan begitu komited.

“Adakah kita ingin menghukum orang yang ingin membawa Malaysia menjadi negara bersih atau kita ingin ambil orang yang dah terbukti melakukan rasuah dan salah guna kuasa?

“Saya rasa penduduk Tanjung Piai matang dan takkan pilih orang yang jahat seperti itu,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top