BM | EN | 中文

PH RANCAKKAN KEMPEN BAWA PULANG PENGUNDI

IMG-20191104-WA0032.jpg
Advertisement

 

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 4 NOV : Pakatan Harapan (PH) akan merancakkan lagi kempen membawa pengundi luar pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Advertisement

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ini kerana golongan itu adalah merupakan pengundi yang paling ramai memihak kepada PH.

“Cabaran kita adalah pengundi luar terutama kaum Cina untuk dapatkan mereka balik mengundi. Sebab biasanya pengundi luar pro kepada PH.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan laluan khas untuk pengundi luar.

Advertisement

“Tetapi saya rasa itu tidak cukup, kita kena kuatkan kempen pulang mengundi di media sosial,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran pembinaan rumah baharu kepada asnaf di Kampung Serkat Laut di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau turut menjangkakan 30 peratus daripada 42 peratus pengundi Cina akan pulang mengundi pada 16 November ini.

Advertisement

“Mereka ini bukan sahaja yang bekerja di Singapura, tetapi ada juga di Johor Bahru dan Batu Pahat. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pun ramai yang balik mengundi,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan pengundi PRK Tanjung Piai yang bekerja di Singapura disediakan laluan khas di Tambak Johor bagi memudahkan perjalanan mereka untuk mengundi 16 November ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top