BM | EN | 中文

PH perlu tarik diri MOU dengan kerajaan jika tak dibenar bahas “Kertas Pandora”

Hassan-Abdul-Karim-MP-Pasir-Gudang.jpeg
Advertisement

PASIR GUDANG, 6 OKT: Pakatan Harapan perlu menarik diri dari Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan jika parlimen tidak meluluskan perbahasan bagi membincangkan “Kertas Pandora” yang didedahkan Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Perkara itu dinyatakan ahli parlimen Pasir Gudang,, Hassan Karim hari ini.

“Pakatan Harapan (PH) mustahak keluar dari Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan jika kerajaan Ismail Sabri Yaakob tidak memenuhi tuntutan.

Advertisement

“Membenarkan Parlimen membahaskan usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pendedahan oleh Pandora Papers tentang berbilion ringgit Malaysia disimpan secara rahsia di British Virgin Islands dan lain-lain pusat kewangan luar pesisir oleh 1,500 rakyat Malaysia termasuk tokoh-tokoh politik dan korporat serta anak-anak dan isteri mereka, yang dianggarkan RM1.8 trillion dari tahun 2004 hingga 2014.

“Membentuk segera Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu tersebut.

“Mengambil tindakan segera dengan menggunakan kuasa perundangan Malaysia yang ada supaya wang dan modal milik rakyat Malaysia yang tersimpan dalam akaun-akaun rahsia tersebut yang menyalahi undang-undang Malaysia dirampas dan dikembalikan kepada kerajaan Malaysia,” kata Hassan.

Advertisement

Pada 4 Oktober lalu, ICIJ mendedahkan “Kertas Pandora” iaitu fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte kepada pelbagai agensi berita di seluruh dunia.

Antara yang terkandung di dalam “Kertas Pandora” ialah lebih 10,000 dokumen yang bocor daripada penyedia perkhidmatan berpangkalan di Singapura iaitu Asiaciti dan Trident Trust.

10,000 dokumen yang bocor dari Asiaciti dan Trident Trust yang didedahkan melalui Kertas Pandora dikaitkan dengan ramai individu warga Malaysia yang kaya-raya.

Advertisement

Terdahulu, pada 13 September, kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani MOU Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik di Parlimen.

MOU itu antara lain memperincikan enam transformasi utama Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top