BM | EN | 中文

PH PERLU AMBIL IKTIBAR DARI KEKALAHAN TANJUNG PIAI-PENGANALISIS

IMG-20191117-WA0017.jpg
Advertisement

Upload 9pm

 

Oleh:  Siti Nursyahidah Abu Bakar

Advertisement

PONTIAN, 17 NOV : Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung semalam.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, berikutan itu, PH perlu segera mencari penyelesaian kepada isu-isu dibangkitkan serta membawa perubahan yang diingini rakyat.

“Walaupun pemerintahan PH masih baru, rakyat mahu melihat perubahan yang drastik dan segera.

Advertisement

“Bagi memulihkan kepercayaan rakyat, PH perlu memfokuskan kepada menyelesaikan isu asas iaitu ekonomi rakyat khususnya golongan yang tiada pendapatan tetap,” katanya kepada JohorKini.

Dr Awang Azman turut berpendapat kekalahan juga berpunca daripada protes rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan.

“Ini kerana banyak isu dan janji yang belum diselesaikan PH sepanjang setahun setengah pemerintahan,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau juga turut tidak menafikan kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah kerana Tanjung Piai sememangnya merupakan kawasan kubu kuat MCA.

Semalam, BN merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) menang selepas meraih 25,466 undi menewaskan lima lagi pencabarnya dalam PRK berkenaan.

Jeck Seng, menewaskan calon PH, Karmaine Sardini, yang memperolehi 10,380 undi sementara calon Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 dan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) (850 undi).

Advertisement

Manakala, bagi dua calon bebas Dr Ang Chun Lok meraih 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar meraih 32 undi.

Namun, kemenangan calon BN pada PRK kali ini menyaksikan majoriti undi lebih iaitu 15,086 undi berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang lalu.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top