BM | EN | 中文

PH LAWAN MUAFAKAT NASIONAL BUKAN MCA

IMG-20191107-WA0005.jpg
Advertisement

 

Oleh: SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

PONTIAN, 7 NOV: Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Muafakat Nasional dan bukannya dengan calon MCA.

Advertisement

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ini dapat dibuktikan apabila pemimpin UMNO dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional turun berceramah di Tanjung Piai malam semalam.

“Sebenarnya yang bertanding atas nama MCA bukanlah calon MCA, tetapi calon Muafakat Nasional. Apa yang PH lawan ialah Muafakat Nasional.


“Sebab itu malam ini (semalam) ada satu ceramah di mana pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO hadir dan berucap,” katanya ketika berucap di program Forum Kopitiam di Kampung Penerok, di sini, malam tadi.

Advertisement

Dalam pada itu, Kit Siang turut membidas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng kerana tidak pernah bersuara isu 1MDB ketika menjadi ahli Parlimen selama dua penggal.

“Adakah dia pernah berkata satu perkataan mengenai skandal 1MDB dalam Parlimen? Tak pernah.

“Kenapa? Kerana dia sendiri tahu bahawa dia tidak boleh berperanan untuk semak dan imbang di Parlimen,” katanya lagi

Advertisement

JohorKini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top