BM | EN | 中文

PH LANTIK MB JOHOR PENGARAH PRK TG PIAI

IMG-20191004-WA0005.jpg

PAGOH, 4 OKT: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan bagi pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Persetujuan tersebut dicapai hari ini, pada mesyuarat persediaan Pakatan Harapan (PH) Johor untuk gerak kerja PH dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 Nov ini yang dipengerusikan Pengerusi Pakatan Harapan Johor,  Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara yang hadir termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top