BM | EN | 中文

PH JOHOR YAKIN DAPAT KEKALKAN KERUSI

aminolhuda-4.jpg
Advertisement

PONTIAN, 14 OKT : Pakatan Harapan Johor (PH) yakin dapat mengekalkan kemenangan kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Pengerusi Amanah negeri, Aminolhuda Hassan berkata, walaupun PRK kali ini berdepan dengan gabungan PAS dan Umno, PH akan tetap berusaha untuk mengekalkan kerusi itu.

“Sebagai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kita boleh menang dalam PRK kali ini dengan syarat kita ke Tanjung Piai bukanlah sebagai pelancong, tetapi perlu bekerja keras,” katanya semasa majlis taklimat umum dan suaikenal jentera PRK di Kukup Gold Resort, di sini, kelmarin.

Advertisement

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR, Jimmy Puah Wee Tse turut mengingatkan kepada semua jentera parti bahawa kemenangan PRK Parlimen Tanjung Piai adalah tanggungjawab semua parti komponen.

Beliau juga yakin dalam PRK kali ini, kemenangan akan berpihak pada PH.

“Saya yakin kemenangan berpihak pada kita dengan syarat semua jentera perlu bekerja keras memastikan setiap penduduk Tanjung Piai mendapat maklumat mengenai pembangunan dan skim yang telah dilaksanakan kerajaan negeri pada rakyat negeri Johor,” katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top