BM | EN | 中文

PH Johor tidak bincang soal kerajaan campuran – Muhyiddin

IMG-20200207-WA0006.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 FEB: Pakatan Harapan (PH) Johor tidak membincangkan mengenai spekulasi penubuhan kerajaan campuran dalam mesyuarat gabungan itu, hari ini.

“Itu kita tak ada bincang,” kata Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiiddin Yassin ketika ditanya berhubung perkara itu.

Spekulasi mengenai kerajaan campuran membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS tercetus sejak 3 Februari apabila Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lokman Noor Adam mendedahkan mengenainya.

Advertisement

Lokman tampil membidas presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dikatakan mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri sebaliknya berkata, mesyuarat PH Johor hari ini tertumpu kepada usaha-usaha penambahbaikan pentadbiran sama ada di peringkat negeri dan pusat.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai salah seorang Timbalan Pengerusi PH negeri bagi memberi peluang kepada beliau melibatkan diri secara aktif berhubung perkara-perkara penting.

Advertisement

“Walaupun bukan ketua parti, kerana jawatan ini dianggap penting, beliau hadir dalam mesyuarat sebagai salah satu daripada lima Timbalan Pengerusi PH di peringkat negeri.

“Kita harap dengan kehadiran Menteri Besar, akan dapat menjelaskan banyak perkara yang tidak jelas baik soal dasar atau program yang telah ataupun akan dilaksanakan di peringkat negeri.

“Sebagai contoh isu cukai tanah, soal yang berkaitan dengan program di peringkat kerajaan negeri dan pembinaan Universiti Johor.

Advertisement

“Jadi hal ini adalah sebahagian daripada apa yang telah kita putuskan dalam manifesto yang hendak dilaksanakan. Maklumat ini amat berguna untuk Pakatan Harapan.

“Kita juga berikan pandangan yang lain dalam urusan di peringkat negeri dan pusat,” kata Muhyiddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top