BM | EN | 中文

PH Johor terus diperkukuh, tumpu agenda kembalikan mandat rakyat

Dr-Mohd-Zuhan-Mohd-Zain.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Pakatan Harapan (PH) di Johor akan terus diperkukuh dan meneruskan agenda bagi mengembalikan mandat rakyat, kata Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain.

Beliau ketika ditemui berkata, fokus PH di Johor ketika ini diberikan kepada Belanjawan Johor 2021 yang akan dibentangkan pada 26 November 2020 nanti.

Ujarnya lagi, belanjawan kali ini penting kerana melibatkan isu bagi kemakmuran rakyat berdepan masalah ekonomi.

Advertisement

“Kita (PH) tidak ada langsung masalah dan kami utuh serta fokus kepada pembangunan ekonomi rakyat.

“Terdapat masalah ekonomi rakyat dan ini perlu diselesaikan. Kita mahu melihat sejauh mana belanjawan ini dapat memberikan faedah kepada rakyat Johor,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu beliau turut menjawab persoalan tindakan Adun yang keluar parti adalah lumrah dalam sebuah parti yang mahu menganjak ke arah kematangan.

Advertisement

“Agenda lebih besar perlu diberi tumpuan, seperti mana kenyataan Presiden Parti Amanah. Mereka (Adun) ada pilihan dan pandangan masing-masing.

“Itu terpulang kepada mereka. Parti tetap utuh dan kita tidak ada timbulkan sebarang masalah dengan rakan komponen kita,” ujarnya.

Katanya lagi, tidak ada keperluan untuk menyatukan keadaan PH di Johor kerana tidak timbul sebarang masalah yang berlaku di kalangan parti komponen.

Advertisement

Katanya lagi, agenda untuk mengembalilan mandat rakyat akan terus dijalankan dan usaha itu tidak akan terhenti.

“Apa yang pasti matlamat mengembalikan mandat rakyat itu akan terus diusahakan dan ia akan berlaku dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top