BM | EN | 中文

PH Johor terima individu, bukan en bloc – Aminolhuda

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OKT: Pakatan Harapan (PH) Johor menerima Adun secara individu yang ingin bersama gabungan itu untuk membentuk kerajaan negeri, bukan secara en bloc.

Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata, laporan Berita Harian yang mendakwanya bersedia untuk bersama Umno untuk membentuk kerajaan di negeri Johor adalah tidak tepat.

“Saya ingin menyanggah kenyataan tersebut kerana apa yang didakwa itu tidak benar sama sekali.

Advertisement

“Wartawan tersebut bertanya, saya telah menyatakan bahawa pembentukan kerajaan boleh dibuat dengan mengadakan kerjasama dengan mana-mana Adun secara individu yang bersetuju menerima konsep PH Plus, bukan bersama parti secara en bloc seperti didakwa.

“Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar semalam tidak disalahertikan dengan menyatakan bahawa PH Johor mempelawa Umno untuk bersama,” kata Aminolhuda dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulangi pendirian bahawa pembentukan tersebut dilakukan atas dasar keinginan Adun yang mahu membentuk kerajaan secara stabil bukan dalam keadaan seperti sekarang.

Advertisement

Ini kerana katanya kerajaan Johor terbentuk berdasarkan majoriti yang terlalu tipis.

Beliau menambah, kestabilan politik akan dapat memberangsangkan ekonomi negeri terutama dalam suasana Covid19 yang sedang melanda seluruh dunia dan membantu rakyat dari segi peluang pekerjaan.

“Sehubungan itu pembukaan pintu untuk mana-mana ADUN menyokong PH Johor amat dialu-alukan tanpa ada sebarang ‘demand’ atau permintaan berkepentingan peribadi dalam usaha mengekalkan mandat rakyat yang diberikan sewaktu PRU 14 yang lalu,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top