BM | EN | 中文

PH Johor terbuka kerjasama mana-mana Adun, sedia tadbir jika berlaku perubahan

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT: Pakatan Harapan (PH) Johor bersedia untuk mentadbir semula sekiranya berlaku perubahan di peringkat pusat mahupun negeri.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata pihaknya mengikuti rapat perkembangan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual menghadap ke bawah DYMM Yang Dipertuan Agong 13 Oktober nanti.

Katanya, perubahan boleh berlaku melibatkan negeri Johor kerana PN hanya memiliki majoriti tipis untuk bertahan sebagai sebuah kerajaan.

Advertisement

“Kita bersedia apa jua situasi termasuk untuk memerintah semula negeri ini. Agenda yang utama adalah memberikan semula semangat kepada rakyat.

“Apa-apa pun kita menanti detik 13 Oktober. Segala keputusan pihak kami akan menerimanya secara terbuka tanpa masalah.

“Kita juga telah mengaturkan beberapa pertemuan sesama kita dalam PH supaya perkara ini diutuhkan lagi bagi persediaan apa sahaja termasuk mengambil alih semula kerajaan ini,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, PH Johor turut terbuka untuk menerima mana-mana Ahli-ahli Dewan Negeri (Adun) Johor dan bersedia membincangkan perkara tersebut.

“Kesediaan kita untuk berbincang dengan mereka yang mahu bersama PH boleh dilakukan. Apa yang penting adalah meneruskan usaha memartabatkan rakyat.

“Apa yang penting adalah mandat rakyat serta kebajikan mereka terjaga dan terbela. Bukan membiarkan rakyat terus berusaha sendiri dalam keadaan ekonomi mereka yang semakin meruncing,” katanya.

Advertisement

Aminolhuda yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor ketika ditanya soal peralihan kuasa berkata, pencapaian memerintah negeri Johor sebelum ini akan diteruskan dengan misi mengutamakan rakyat Johor.

“Pengalaman memerintah negeri dengan pencapaian yang baik dilakukan oleh kita akan terus digarap bagi membantu rakyat.

“Sekiranya peralihan kuasa itu berlaku di peringkat pusat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kita di Johor turut bersedia meneraju semula negeri ini. Sudah pasti pencapaian sebelum ini akan diteruskan,” katanya.

Advertisement

Dun di Johor kini dilihat goyah dengan 29 Adun Perikatan Nasional (PN) dan 27 Adun dari PH.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top