BM | EN | 中文

PH Johor rai petugas Imigresen, Polis di KSAB, Gelang Patah

Penjaga-sempadan-negara-diraikan-PH-Johor.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 19 APR: Mengenangkan tanggungjawab penting pasukan barisan hadapan, Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini mengadakan program Kembara Ramadan dan membuat lawatan ke Kompleks Sultan Abu Bakar Johor Bahru awal pagi tadi.

Pengarah program Kembara Ramadan, Dzulkefly Ahmad berkata pasukan seperti Kastam, Imigresen dan Kuarantin diraikan dengan penuh muhibah dalam program tersebut.

Selain menyantuni petugas, rombongan PH Johor turut mengedarkan juadah sahur kepada pasukan barisan hadapan.

Advertisement

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu berkata, lebih 100 bungkusan juadah sahur telah diagihkan.

“Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan agihan lebih 100 bungkusan makanan sahur kepada anggota yang berkerja shif malam.

“Kita mendapati mereka bertugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu.

Advertisement

“Mudah-mudahan sumbangan ini dapat merapatkan hubungan antara PH dengan agensi-agensi kerajaan di sini.

“Tahun ini juga kita berpeluang untuk mengadakan program ini berikutan sedikit kelonggaran SOP yang ditetapkan berbanding tahun lepas dan kita mengambil kesempatan itu untuk mengadakan program seperti ini,” katanya ketika ditemui di program berkenaan.

Pada program sama, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, program yang dijalankan sepanjang hari semalam berjaya dilaksanakan dengan baik.

Advertisement

Syed Ibrahim Syed Noh

Beliau berkata, program yang bermula di Hospital Sultan Ismail (HSI) petang semalam dengan akitiviti edaran juadah berbuka telah ditamatkan dengan program edaran bungkusan sahur di sini.

“Kita meraikan ‘frontliners’ dengan menyediakan juadah keseluruhannya dalam anggaran 500 bungkusan. Kita mahu menunjukkan keprihatinan kita kepada semua golongan ‘frontliners’.

“Malam ini adalah sambungan dari Kembara Ramadan PH Johor.

Advertisement

“Apa yang kita pentingkan adalah sumbangan ‘frontliners’ ini sebagai kejayaan kita dalam melawan Covid 19 dan kita harap kerajaan juga mengambil perhatian kepada nasib mereka.

“Jadi malam ini, Alhamdulillah, kita sendiri turun dan dapat melihat petugas yang menjaga sempadan seperti Kastam, Imigresen dan sebagainya.

“Mudah-mudahan kita semua diringankan bebanan terutama dalam bulan Ramadan yang mulia ini,” ujarnya ketika ditemui.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top