BM | EN | 中文

PH Johor lantik ADUN Parit Yaani ketua pembangkang Johor

gmbr-fail-aminolhuda.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 APR: Pakatan Harapan (PH) Johor melantik ADUN Parit Yaani, Aminohuda Hassan sebagai calon Ketua Pembangkang Johor.

Perkara tersebut dinyatakan dalam kenyataan media Majlis Pengerusi PH Johor semalam.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Speaker dan Setiausaha Dewan Negeri Johor,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Dalam kenyataan sama PH Johor menyatakan untuk terus menghulurkan bantuan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik.

“Kami faham bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membawa kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat terutamanya golongan yang kurang kemampuan.

“Sepanjang tempoh PKP ini, ahli majlis, ketua kampung, ketua masyarakat, MPKK dan pemimpin komuniti tempatan Pakatan Harapan memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat tanpa mengenal penat lelah.

Advertisement

“Walaupun tempoh perkhidmatan mereka dalam jawatan-jawatan tersebut tamat pada 31 Mac, mereka tetap bertungkus-lumus menunaikan kewajipan terhadap seluruh warga masyarakat,” tambahnya.

Dalam pada itu PH Johor turut menolak pelantikan persendirian ahli-ahli Pakatan Harapan ke jawatan-jawatan kerajaan negeri Perikatan Nasional.

“Sekiranya kerajaan negeri ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha melawan krisis Covid-19, mereka perlu mengadakan perbincangan dengan pimpinan PH di peringkat negeri dan pusat, bukannya menerusi cara ‘pecah dan tawan.

Advertisement

“Kami menyeru agar semua anggota parti melibatkan diri dalam usaha membantu rakyat tetapi tetap berpegang kepada prinsip kami dan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top